BEBERAPA hari lalu, tular beberapa keping foto dan video TikTok milik Yazmin Aziz dalam media sosial.
Bukan video nyanyian atau drama ‘bestfriend’ tetapi memaparkan dia bersama seorang pemain bola sepak Kelantan, Nixon Guylherme yang sepertinya sedang hangat dilamun cinta.
Namun ada satu video yang menarik perhatian Diva iaitu aksinya menari bersama atlet tersebut di sebuah lokasi pelancongan tanah tinggi.
“Berasa sangat bahagia merupakan satu bentuk rahmat,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.
Selain itu, Guylherme pun turut memuat naik video memaparkan video dan foto romantis mereka dalam akaun TikToknya.
Agak berani jugalah mereka memuat naik aksi mesra seperti berpelukan dan bercium dalam media sosial. Hangat sungguh percintaannya!
Yazmin sendiri mengakui sedang bahagia dengan kekasihnya ketika ini.
Cuma satu harapan Diva, bila kisah cinta pula jadi perhatian, Yazmin pula jangan sindir dan kata media tak laporkan hal karier Yazmin.
Lagi satu, kalau dah berani cium pipi kekasih untuk tatapan umum, harap Yazmin jangan pula melatah kalau dikecam, hati kena kental dik.
Sekarang, Diva nampak, komen-komen netizen sangat menyokong. Baguslah kalau begitu.
DIVA: Sejak kebelakangan ini banyak pula cerita tentang rumah tangga hancur kerana kehadiran orang ketiga. Seriau baca.