PETALING JAYA – Keadaan cuaca dilaporkan cerah di hampir kesemua negeri di Semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak pada pagi ini.
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) dalam kenyataan berkata, keadaan cuaca cerah tersebut dijangka boleh berterusan untuk sepanjang hari ini.
“Bagaimanapun, cuaca hujan lebat berserta ribut petir masih lagi dijangka boleh berlaku terutamanya di negeri-negeri di utara dan juga timur Semenanjung pada petang nanti,” katanya.
Sementara itu, MetMalaysia turut mengekalkan amaran angin kencang dan juga laut bergelora bagi kategori pertama dan juga kedua.
“Ia melibatkan kesemua kawasan perairan iaitu Selat Melaka, Labuan, Layang-Layang, Condore, Reef North, Samui, Phuket dan Palawan yang dijangka akan berkuatkuasa sehingga 14 Julai nanti.
“Sepanjang tempoh amaran ini berkuatkuasa, keadaan perairan adalah lagi berbahaya untuk semua aktiviti perkapalan dan juga perairan Termasuklah bot-bot kecil, sukan serta rekreasi laut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE