fbpx

Chico Aura, Se-young juarai Malaysia Masters

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHICO AURA (kiri) dan Se-young (kanan) muncul juara perseorangan lelaki serta wanita Malaysia Masters 2022. - OFFICIAL MALAYSIA MASTERS 2022

KUALA LUMPUR – Pemain perseorangan lelaki kelima Indonesia, Chico Aura Dwi Wardoyo mencipta kejutan menjuarai Malaysia Masters 2022 selepas menewaskan Ng Ka Long dari Hong Kong di Axiata Arena, Bukit Jalil sebentar tadi.

Chico Aura, No.45 dunia, bertarung selama 45 minit sebelum menjinakkan Ka Long 22–20, 21–15 pada aksi final untuk merangkul kejuaraan pertamanya dalam siri Jelajah Dunia.

Menariknya, pemain berusia 24 tahun berasal dari Jayapura itu mendapat peluang beraksi di Malaysia Masters daripada senarai menunggu menggantikan tempat beberapa pemain yang menarik diri di pusingan pertama sebelum ini.

CHICO AURA merangkul kejuaraan pertama dalam karier Jelajah Dunia selepas menewaskan Ka Long pada final di Axiata Arena sebentar tadi. – OFFICIAL MALAYSIA MASTERS 2022

Ia sama sekali tidak menghalang pemenang pingat gangsa Kejohanan Badminton Asia 2022 di Manila, Filipina itu untuk menunjukkan kemampuannya dengan memenangi perlawanan akhir tersebut.

“Ada sedikit gugup tetapi saya boleh tanganinya dalam gelanggang. Saya cuba buat yang terbaik, tenangkan diri dan bermain dengan yakin.

“Ini satu kebanggaan buat saya kerana impian menjadi kenyataan. Semoga saya boleh lebih percaya diri di kejohanan seterusnya,” kata Chico Aura selepas tamat perlawanan.

SE-YOUNG menunjukkan reaksi gembira selepas tidak percaya mampu mencatat kemenangan ke atas Yu Fei di Axiata Arena sebentar tadi. – OFFICIAL MALAYSIA MASTERS 2022

Sementara itu, gelaran perseorangan wanita menjadi milik An Se-young dari Korea Selatan selepas menumpaskan juara bertahan dari China, Chen Yu Fei buat kali pertama dalam lapan pertemuan antara mereka sebelum ini.

Se-young yang berada di ranking keempat dunia, mengenepikan Yu Fei dengan keputusan 21-17, 21-5 dalam tempoh 38 minit dan muncul pemain pertama dari Korea Selatan menjuarai kejohanan berstatus Jelajah Dunia Super 500 itu.

“Saya tak percaya boleh memenangi perlawanan akhir ini. Ia agak mengejutkan kerana sebelum ini saya tewas kepada Yu Fei sewaktu Piala Uber 2022,” kata Se-young. – KOSMO ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI