fbpx

Bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan miliki syabu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang bekas pemain bola sepak skuad kebangsaan ditahan polis di sekitar bandar raya ini semalam.

Lelaki yang berusia 36 tahun itu ditahan kerana disyaki memiliki bahan terlarang jenis Methamphetamine.

Difahamkan, individu berkenaan pernah menyarung jersi tiga pasukan liga super sepanjang kariernya dengan turut menganggotai skuad Harimau Muda dan Harimau Malaya.

Suspek yang juga merupakan anak bekas pemain Selangor itu juga pernah menjulang enam piala Liga Super bersama dua pasukan berbeza antara tahun 2009 hingga 2017.

Selain itu, pemain yang dilahirkan di Melaka itu turut pernah menjulang kejuaraan Piala FA, Piala Malaysia dan Piala Sumbangsih.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid mengesahkan tangkapan itu.

Katanya, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI