fbpx

Agong tunai solat Aidiladha, saksi ibadah korban 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al-Sultan Abdullah tiba di Masjid Tengku Ampuan Afzan Kuantan bagi menunaikan solat sunat Aidiladha hari ini.

KUANTAN – Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menunaikan solat sunat Aidiladha bersama umat Islam di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini.

Seri Paduka tiba di masjid pada pukul 8.15 pagi dengan diiringi Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah.

Baginda kemudiannya disambut Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan pemimpin-pemimpin negeri serta Mufti Pahang, Datuk Seri Dr. Abdul Rahman Osman.

Solat sunat Aidiladha dipimpin oleh imam besar masjid Tengku Ampuan Afzan Mohd. Hafidz Suhailie yang turut menyampaikan khutbah Aidiladha.

Al-Sultan Abdullah dan Tengku Hassanal turut berkenan menyaksikan ibadah korban yang berlangsung di pekarangan masjid yang turut melibatkan lembu sumbangan Seri Paduka dan Pemangku Raja Pahang.

Sebanyak 23 ekor lembu dan kerbau dikorbankan di Masjid Tengku Ampuan Afzan di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI