fbpx

Agih 2,000 ekor lembu di 50 masjid, surau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara lembu yang dihantar PPK Kuala Langat selepas ditempah 50 masjid dan surau untuk ibadah korban tahun ini.

KUALA LANGAT – Sebanyak 2,000 ekor lembu diagihkan kepada 50 masjid dan surau sekitar daerah ini selepas ditempah untuk ibadah korban hari ini.

Pengurus Besar Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Langat, Ahmad Firdaus Abdul Halim berkata, tempahan pada tahun ini didapati meningkat berbanding tahun lalu sebanyak 1,200 ekor lembu korban.

Katanya, seekor lembu dijual pada kadar minimum RM5,000 berbanding RM4,500 sebelum ini.

“Selaras peralihan kepada endemik pesanan lembu korban kembali pulih dengan penghantaran telah dilakukan bermula semalam.

“Ini termasuk 50 ekor lembu korban yang dihantar ke luar Selangor,”katanya ketika ditemui di Kampung Kancong Tengah di sini hari ini.

Ahmad Firdaus menjelaskan, bagi mengelakkan penyakit kuku dan mulut (FMD), penternak ruminan di bawah PPK Kuala Langat telah mengambil tindakan menyuntik vaksin lebih awal terhadap semua lembu ternakan mereka sebulan yang lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI