fbpx

Trafik masih perlahan di laluan Gombak menghala ke Genting Sempah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan trafik yang bergerak perlahan di laluan Genting Sempah

PETALING JAYA – Aliran trafik dilaporkan masih perlahan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK) arah Timur petang ini susulan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi pemakluman terkini berkata, trafik bergerak perlahan di laluan Gombak menghala ke Genting Sempah dan Genting Sempah ke Bukit Tinggi.

Kosmo! baru-baru ini melaporkan kira-kira 1.9 juta kenderaan dijangka menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan setiap hari sempena cuti perayaan Aidiladha bermula semalam hingga Selasa depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI