fbpx

Trafik di lebuh raya sesak sejak 12 tengah malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kesesakan di beberapa lebuh raya utama sejak awal pagi tadi.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama menghala ke utara, selatan dan Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan susulan orang ramai pulang ke kampung bagi menyambut Hari Raya Aidiladha sejak semalam.

Kosmo! difahamkan aliran trafik sesak sejak 3 petang semalam dan semakin kemuncak pada pukul 12 tengah malam tadi bermula Tol Gombak hingga Tol Bentong hingga pagi ini.

Namun selepas Plaza Tol Bentong aliran trafik kembali bertali arus dekat Temerloh.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi pemakluman terkini berkata, antara lebuh raya sedang mengalami aliran trafik yang tinggi melibatkan Lebuh Raya Utara- Selatan dan Lebuh Raya Pantai Timur.

“Trafik dilapor perlahan di LPT 1 di Kilometer(KM) 113.2 hingga ke 118.5 Lanchang ke Temerloh bermula pada pukul 8.44 pagi tadi.

“Kesesakan juga dilaporkan berlaku sebelum dan selepas Plaza Tol Gombak sejak pukul 8.46 pagi tadi,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, laluan menghala ke arah utara menerusi Lebuh Raya Utara-Selatan turut perlahan disebabkan sebuah bas rosak di KM 258.6 dari Ipoh menghala ke Kuala Kangsar.

Orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memandu dan mematuhi arahan lalu lintas. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI