fbpx

TH, KKM laksana Safari Wukuf bawa pesakit ke Arafah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian jemaah haji melaksanankan Safari Wukuf di Arafah susulan keadaan kesihatan tidak mengizinkan.

PUTRAJAYA- Pasukan rombongan perubatan Tabung Haji (TH) dan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan Safari Wukuf bagi membawa pesakit dari pusat rawatan ke Arafah dalam memastikan semua jemaah dapat menunaikan ibadah itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua jemaah terlibat telah dibawa menaiki ambulans dan bas untuk berada seketika di Arafah sebelum pulang kembali ke pusat rawatan.

“Perkhidmatan Safari Wukuf telah bermula pada tahun 2016 dengan melibatkan sebanyak enam hingga lapan buah bas dan ambulans. Petugas rombongan perubatan pula terdiri daripada pakar perubatan, pegawai perubatan, penolong pegawai perubatan, jururawat terlatih serta pembantu petugas haji.

“Pada tahun ini, kita telah menyediakan dua buah bas yang diubah suai serta dua bas biasa bagi tujuan membawa jemaah haji seramai 26 orang,” tulisnya dalam satu hantaran Facebook di sini tadi.

Katanya, selain aktiviti beribadah dalam bas, pihaknya juga melakukan pemerhatian tahap kesihatan, perawatan termasuk drip ubat, memasukkan oksigen kepada pesakit dan sebagainya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI