fbpx

Polis rakam 11 keterangan, bantu siasatan kejadian bunuh ibu, anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 11 individu sudah diambil keterangan bagi membantu siasatan kes bunuh seorang ibu dan bayinya

JOHOR BAHRU – Polis telah mengambil keterangan seramai 11 individu terdiri daripada ahli keluarga dan juga penduduk setempat khususnya mereka yang menjadi saksi kepada kejadian pembunuhan kejam seorang ibu dan bayi di Kampung Bakar Batu, di sini, 4 Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat memberitahu, suspek yang merupakan suami dan bapa kepada mangsa turut memberi kerjasama sejak penahanan dibuat.

“Berhubung kes berkenaan, kita telah merakam keterangan 11 individu terdiri daripada ahli keluarga dan juga jiran-jiran yang menjadi saksi kepada kejadian.

“Sejak ditahan pada 4 Julai lalu, suspek memberikan kerjasama baik dan tidak berlaku sebarang pergelutan dalam penahanan

“Bagaimanapun siasatan berhubung punca dan motif kejadian tersebut masih dijalankan. suspek juga kini dalam tahanan reman selama seminggu untuk membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas memantau penggunaan dron dalam penugasan Op Lancar di Jalan Tebrau, di sini hari ini.

Sehubungan itu, Kamarul Zaman berkata, pihaknya meminta masyarakat agar memberi ruang kepada polis untuk menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan sebarang komen atau berspekulasi berhubung kejadian berkenaan.

Pada 4 Julai lalu, Hajar Nursyahirin Rosman, 26 dan bayi lelakinya, Hans Mohd. Thakif Amir, dua bulan, ditemui maut di hadapan rumah mereka di Kampung Bakar Batu, di sini kira-kira pukul 12 tengah hari dengan kesan kelar di bahagian leher dipercayai disebabkan suami dan bapa mangsa, Amir Adam, 25.

Suspek kemudian ditahan polis kira-kira dua jam kemudian di sekitar Permas Jaya tidak lama selepas tular beberapa rakaman video di media sosial memaparkannya menunggang motosikal dalam keadaan berbogel.

Kedua-dua mangsa kemudiannya selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu pada pukul 8.10 malam keesokan harinya dengan upacara pengebumian itu dihadiri seramai lebih 100 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakan-rakan dan penduduk setempat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI