fbpx

PM, isteri ucap selamat menyambut Aidiladha kepada Keluarga Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perdana Menteri dan isteri mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha di Facebook .

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat semua Keluarga Malaysia beragama Islam yang akan disambut pada esok.

Menerusi hantaran di laman Facebook tadi, Ismail Sabri turut berharap Keluarga Malaysia yang pulang ke kampung agar memandu secara berhati-hati selain mendoakan keselamatan mereka semua supaya selamat tiba di destinasi.

“Sesungguhnya Hari Raya Aidiladha pada kali ini disambut dengan penuh keinsafan, pengorbanan, kebersamaan dan kesyukuran.

“Kesanggupan berkorban harta kekayaan bagi membantu yang daif adalah diseru dalam Islam. Ia adalah simbol ketaatan, ketakwaan dan kehambaan kita kepada Maha Pencipta,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menzahirkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana umat Islam dapat kembali meraikan sepenuhnya Aidiladha pada tahun ini selepas dua tahun berdepan dengan pandemik Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI