fbpx

PM ajak rakyat ‘berjihad’ pulihkan ekonomi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PUTRAJAYA- Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk berjihad bersama kerajaan bagi memastikan kehidupan harian Keluarga Malaysia kembali pulih.

Katanya, usaha menangani impak inflasi itu memerlukan kerjasama erat Keluarga Malaysia.

“Hari ini, seluruh dunia berdepan cabaran ekonomi antara lain berpunca daripada konflik geopolitik dan perubahan iklim global. Namun, kerajaan sentiasa mendengar dan memahami denyut nadi Keluarga Malaysia.

“Kerajaan kini berusaha menangani impak inflasi global termasuk menubuhkan Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi. Ia berperanan menyatukan semua kementerian dan agensi berkaitan bagi menyelesaikan kesulitan dengan segera,” katanya sempena Perutusan Khas Hari Raya Aidiladha sebentar tadi.

Susulan itu, Ismail Sabri berkata, seluruh Keluarga Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu ke arah memulihkan prestasi ekonomi kerana usaha tersebut merupakan satu jihad.

“Justeru, seluruh Keluarga Malaysia perlu bersama-sama berganding bahu menanganinya. Ini adalah jihad kita bersama untuk memastikan ekonomi negara kembali pulih,” katanya.

Dalam perkembangan lain,Perdana Menteri menjelaskan, lebih 14,000 jemaah Malaysia sedang menjadi tetamu Allah di Tanah Suci Mekah bagi menunaikan ibadah haji tahun ini.

“Saya mendoakan kesemua mereka dipermudahkan urusan dan dikurniakan haji mabrur.

“Perbezaan fahaman politik antara kita juga harus diketepikan, buktikan keinsafan dan kesyukuran dengan bersama-sama meningkatkan martabat agama serta memupuk hubungan baik bersama keturunan dan agama yang lain,” jelasnya.

Ismail Sabri turut meminta rakyat untuk sama-sama berdoa agar semangat pengorbanan yang diamalkan Keluarga Malaysia mampu menjadikan tanah air kalis cabaran, kukuh dan terus maju. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI