fbpx

Pintu masuk Kelantan sesak kenderaan perantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai memenuhi Hentian Rehat dan Rawat Gua Musang di Rantau Manis, Gua Musang hari ini. FOTO AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Kemeriahan sambutan Hari Raya Aidiladha semakin dirasai apabila kenderaan perantau berpusu-pusu memasuki negeri ini melalui Gua Musang bermula petang semalam.

Kenderaan yang melalui Jalan Kuala Lipis-Gua Musang dan Jalan Gua Musang-Kuala Krai juga semakin bertambah dan kesesakan dijangka berlaku sehingga malam ini.

Tinjauan Kosmo! di Hentian Rehat dan Rawat Gua Musang di Rantau Manis di sini mendapati, kawasan itu dipenuhi dengan perantau yang berhenti berehat sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi masing-masing.

Seorang penjawat awam, Mohd. Nasrudin Daud, 51, berkata, jalan semakin sesak di beberapa bandar utama di Pahang sebelum memasuki Kelantan terutamanya di Bentong, Raub, Kuala Lipis dan Merapoh.

“Kesesakan berlaku di Kuala Lipis dan trafik lancar semasa tiba di Bandar Gua Musang. Keadaan sesak di sini hanya berlaku di persimpangan lampu isyarat,” katanya.

Seorang pembantu kilang, Mohd. Nazmi Mohd. Nazir, 20, pula berkata, dia memilih menaiki bas untuk pulang ke kampung dari ibu negara dan telah membeli tiket sejak sebulan lalu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI