fbpx

Pesawat mendarat di lebuh raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vincent Fraser terpaksa melakukan pendaratan cemas di lebuh raya setelah enjin pesawatnya gagal berfungsi. - Twitter/WLOS/Vincent Fraser

WASHINGTON – Seorang juruterbang di Amerika Syarikat (AS) nekad melakukan pendaratan cemas di sebuah lebuh raya yang sibuk selepas enjin pesawatnya mengalami kegagalan, lapor akhbar The Sun semalam.

Pesawat dikenal pasti sebagai Aero Commander 100 itu mendarat di lebuh raya US Route 19, Carolina Utara sekitar pukul 11.45 pagi (waktu tempatan) Ahad lalu, kata pejabat sherif tempatan.

Tiada kecederaan dilaporkan, demikian menurut media tempatan.

Juruterbang pesawat, Vincent Fraser dari Florida berkata, dia terpaksa mendarat cemas selepas enjin pesawatnya gagal berfungi di ruang udara.

Fraser berkata, bapa mertuanya berada di dalam pesawat itu. Ketika kejadian, mereka dalam perjalanan pulang dari melihat sebuah hartanah dekat  Tasik Fontana.

Rakaman menunjukkan pesawat itu mendarat di lebuh raya dengan Fraser mencari ruang antara kereta untuk mengelakkan kemalangan.

Fraser menerima lesen juruterbang peribadinya pada Oktober tahun lalu dengan pengalaman penerbangan kurang daripada 100 jam. 

Syerif Daerah Swain, Curtis Cochran memberitahu akhbar Smoky Mountains Times bahawa pihak berkuasa sedang menyiasat kejadian itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI