fbpx

Pengguna jalan raya kongsi detik temui gajah semasa pulang ke Pantai Timur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar perkongsian pengguna media sosial yang berdepan detik cemas apabila perlu melepasi ‘roadblock’ gajah ketika pulang ke Pantai Timur.

PETALING JAYA – Beberapa pengguna jalan raya menuju ke Pantai Timur berdepan detik mendebarkan apabila terserempak dengan gajah sedang melintasi laluan mereka semalam.

Insiden itu dikongsikan pengguna media sosial yang memuat naik rakaman video memaparkan beberapa laluan menuju ke negeri itu digemparkan dengan kemunculan gajah dewasa.

Menerusi perkongsian Fazliwati Abbas di Facebooknya semalam, dia dan keluarga yang dalam perjalanan pulang ke Kampung Jeli, Kelantan terkejut dengan kehadiran gajah bersaiz besar itu.

Katanya, dia tidak menyangka akan berdepan dengan kejadian tersebut dan malangnya keretanya turut mengalami sedikit kerosakan akibat terkena belalai gajah berkenaan.

“Mujur Allah jaga keluarga, Grand Livina di depan tu gajah dah angkat kaki dan kereta saya pula kemek sikit sahaja kena belalai gajah itu,” katanya.

Selain itu, seorang pengguna TikTok, Aiman turut berkongsi pengalaman ketika dia bersama rakan-rakannya berdepan detik cemas apabila seekor gajah mula menghampiri keretanya.

“Memang ‘cuak’ masa gajah datang dekat, dah la kami naik Viva sahaja, kalau dipijak, dengan kami semua jadi roti canai,” ujarnya.

Dalam pada itu, menjengah ke ruangan komen, ramai menyifatkan situasi tersebut sebagai ‘sekatan jalan raya’ paling menyeramkan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI