fbpx

Pengantin sebut nama bapa mentua semasa akad nikah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video ketika Dandi tersilap sebut nama bapa mentuanya ketika ijab kabul. - TikTok

JAKARTA – Detik akad nikah di Desa Kalangan Mulur, Sukoharjo, Jawa Tengah yang kucar-kacir menjadi tular apabila pengantin lelaki secara tidak sengaja menyebut  nama bapa mentuanya semasa ijab kabul kerana terlalu gementar, lapor laman Wolipop.

Pengantin lelaki, Dandi Ardianto menyebut nama bapa bakal isterinya, Ngatmin Wingnyo semasa menerima lafaz akad nikah dan bukan nama pengantin perempuan, Sri Hartini.

“Saya terima nikahnya Ngatmin Wingnyo dengan mas kahwin 5 juta rupiah (RM1,477) dan barangan kemas 10 gram,” kata Dandi sebelum terdiam sendiri dan tertawa kerana menyedari tersilap sebut nama bapa mentuanya.

Semua yang hadir di majlis perkahwinan itu turut ketawa kerana kesilapan pengantin lelaki.

Video akad nikah itu mendapat lebih 1.2 juta tontonan dengan ramai netizen ketawa melihat pengantin lelaki tersilap sebut nama bapa mentua dan bukannya isteri.

“Ketawa sampai gila ,” kata akaun @Bae.

Pengantin perempuan, Sri Hartini memberitahu dia tidak menyangka video akad nikahnya akan menjadi tular dengan pantas.

“Perkara tersebut berlaku tanpa dirancang tetapi menjadikan momen majlis perkahwinan saya lebih mudah dikenang,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI