fbpx

Penganjuran Piala Tun Ali perlu kebenaran Mastaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PANGANJURAN sukan sepak takraw di peringkat kebangsaan perlu mendapatkan kebenaran daipada Mastaf sebagai badan yang diiktiraf oleh Astaf dan Istaf. - GAMBAR HIASAN

PERSEKUTUAN Sepak Takraw Malaysia (Mastaf) memberi pe­ringatan kepada Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) agar tidak melakukan sebarang kesilapan, terutamanya ketika merancang untuk menganjurkan satu kejohanan peringkat kebangsaan tidak lama lagi.

Presiden Mastaf, Datuk Suhaili­ Abdul Rahman menegaskan, Mastaf kini badan induk diiktiraf di peringkat antarabangsa dan PSM perlu mendapat kebenaran mereka jika ingin me­nganjurkan kejohanan dengan mengguna pakai sistem sedia ada.

PSM dalam satu kenyataan sebelum ini menjelaskan, pihaknya akan menganjurkan kejohanan peringkat kebangsaan dikenali sebagai Piala Tun Ali dengan penyertaan ahli gabungan dan ahli bersekutu PSM dari 15 hingga 21 Ogos 2022 di Melaka.

Kata Suhaili, perlu diingat, PSM bukan lagi badan induk kerana Mastaf kini satu-satunya badan pentadbir dan mengawal selia sukan sepak takraw di negara­ ini selepas mendapat pengiktirafan Persekutuan Sepak Takraw Asia (Astaf) dan Persekutuan Sepak Takraw Dunia (Istaf).

“Jadi, pihak yang boleh me­nganjurkan kejohanan adalah Mastaf, bukan PSM.

“Mereka boleh umum nak anjurkan Piala Tun Ali, tetapi kena ikut kebenaran daripada Mastaf, kalau tidak pengadil dan peraturan itu sendiri tidak boleh guna pakai kerana ia melibatkan peraturan Istaf.

“Seperti sukan bola sepak, mereka kena ikut FIFA. Jika me­reka tak nak ikut, ia akan sekadar menjadi kejohanan kampung.

“Kita tak halang dan mereka (PSM) boleh buat apa saja, tetapi tak boleh pakai sistem 21 mata, kena guna 15 mata,” katanya.

Ketika ditanya mengenai sebarang tindakan jika PSM tetap meneruskan kejohanan mengikut peraturan sedia ada, beliau berkata, pihaknya mengakui, PSM tahu kesannya jika melanggar peraturan berkenaan.

“Saya tak nampak mereka akan langgar dan mereka tahu kesan jika melanggar peraturan. Saya i­ngat mereka lebih arif soal itu.

“Soal bentuk hukuman, saya tidak boleh jelaskan kerana saya bukan badan yang ada klausa untuk memecat atau menggantung mereka. Saya nasihatkan janganlah langgar peraturan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI