fbpx

Pembantu kerani maut, kepala hancur digilis treler

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mangsa selepas kemalangan tersebut.

KUALA LANGAT – Seorang pembantu kerani kerajaan maut dalam keadaan tragis apabila kepalanya hancur digilis sebuah treler di Kilometer 26.5 Jalan Klang- Banting- Port Dickson, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 malam itu, mangsa lelaki berusia 35 tahun yang menunggang motosikal tersebut maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Ahmad Ridhwan Mohd. Nor@Saleh berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa mangsa menunggang motosikal dari arah Banting ke Klang.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai motosikal itu bergesel dengan tayar tepi bahagian kanan treler tersebut sebelum bergesel sekali lagi di tayar tengah jentera berat itu.

“Mangsa kemudiannya hilang kawalan sebelum terjatuh dan digilis treler tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Justeru, Ahmad Ridhwan meminta saksi kejadian menghubungi pegawai penyiasat trafik, Inspektor Fatin Husna Khairuzzaman ditalian 017-3012621 atau 03-31872222. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI