fbpx

Pegawai, anggota polis direman kes rasuah RM8,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai polis berpangkat ASP (depan) dan Sarjan (tiga dari kiri) direman bagi membantu kes rasuah di Mahkamah Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan Sarjan direman bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah sebanyak RM8,000 pada semalam.

Mereka yang berusia 46 dan 39 tahun itu direman selama enam hari bermula hari ini hingga Khamis ini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret B. Sri Pracha Nanthini di Mahkamah Sungai Petani di sini hari ini.

Kedua-dua suspek bertugas di Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Mereka didakwa menerima rasuah itu sebagai habuan tidak mengambil tindakan terhadap seorang peniaga yang memiliki rokok seludup. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI