NEW DELHI – Seorang lelaki di India memuat naik hantaran di laman LinkedIn untuk bertanyakan sama ada dia boleh meminta bantuan ibunya untuk menjawab panggilan telefon bagi rundingan gaji bersama majikan, lapor laman berita India Today.
Juruteknik, Nitesh Yadav memuat naik hantaran itu setelah mendapat panggilan daripada bahagian sumber manusia untuk sesi rundingan gajinya.
Nitesh memikirkan idea ‘bernas’ itu untuk mengatasi rasa gementar semasa sesi panggilan tersebut.
Dia bertanya sama ada boleh meminta ibunya menjawab panggilan tersebut untuk membuat perjanjian yang lebih baik.
Hantaran itu tular dan menarik perhatian netizen di ruangan komen.
“Bahagian sumber manusia pasti pengsan jika ibu saya mula berunding,” kata seorang netizen.
“Ibu pastinya perunding terbaik dalam setiap situasi,” kata netizen lain. – Agensi