fbpx

Isteri tangkap suami curang ketika makan bakso

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario seorang wanita menangkap suaminya curang di sebuah kedai bakso. - TikTok

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang wanita menangkap suaminya berlaku curang ketika dia sedang makan bakso bersama anak perempuannya, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun TikTok @NengMedina235.

Wanita itu menceritakan kejadian di mana dia secara tidak sengaja bertemu suaminya dan perempuan simpanan lelaki itu di sebuah kedai makan.

Dia pada awalnya ingin merakam video makan bersama anak perempuannya di kedai bakso sebelum terserempak dengan seorang rakannya sewaktu di sekolah menengah.

Ketika merakam rakannya yang bernama Ded, dia melihat suaminya yang berbaju biru bersama seorang wanita dan kanak-kanak lelaki.

“Akhirnya suami saya sedar kehadiran saya dan anak perempuannya. Yang pastinya bebola daging bertukar pahit serta merta,” tulis wanita itu.

Biarpun menghadapi situasi tersebut, wanita itu kekal tenang dan berkata bahawa dia lebih memilih untuk membawa kes itu ke mahkamah.

Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Terbaik. Saya doakan yang terbaik untuk makcik,” kata seorang netizen.

“Risau juga dengan perasaan anak perempuannya,” komen netizen lain. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI