fbpx

Hungary tolak perkongsian gas, samakan dengan dasar komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Terminal penerimaan Gas Luar Pesisir TurkStream di Kiyikoy, Turkey. - Agensi Berita Anadolu

BUDAPEST – Kerajaan Hun­gary mengecam Kesatuan Eropah (EU) kerana  mencadangkan bahawa simpanan gas asli negara-negara anggota perlu dikongsi sama rata, lapor laman RT kelmarin.

Cadangan itu diutarakan ketika EU bergelut dengan krisis bekalan gas.

Menteri Luar Hungary, Peter Szijjarto mengkritik usul  ‘perikatan perpaduan tenaga’ tersebut yang dikemukakan oleh Parti Rakyat Eropah (EPP).

“Kemudahan penyimpanan gas Hungary akan kekal sebagai harta rakyat Hungary dan kami akan menggunakan gas di kemudahan penyimpanan gas Hungary yang dibeli dengan wang pembayar cukai Hungary di Hungary,” tegas Szijjarto.

Presiden EPP, Manfred Weber memberitahu akhbar Jerman,  Tagesspiegel awal bulan ini bahawa EU memerlukan mekanisme perikatan bagi menangani kekurangan bekalan  gas asli secara solidariti.

Menurut Webber, langkah itu bertujuan supaya negara-negara anggota tidak mementingkan diri sendiri semasa saat genting tersebut.

“Cadangan Webber mengingatkan kita kepada komunisme,” kata Szijjarto.

Hungary menandatangani kontrak 15 tahun dengan syarikat gergasi gas Russia, Gazprom tahun lepas untuk menerima gas asli melalui saluran paip TurkStream dan saluran paip gas lain di tenggara Eropah.

Benua Eropah berdepan  krisis gas asli yang sebahagian besarnya disebabkan oleh sekatan Barat sendiri ke atas Russia.

Sekatan itu mengakibatkan kekurangan ketara bekalan gas Russia ke Jerman, yang sete­rusnya menyebabkan harga  komoditi itu melambung tinggi. Krisis itu juga mencetuskan amaran kekurangan gas untuk sistem pemanas pada musim sejuk tahun ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI