fbpx

Hasrat Pearly-Thinaah ke final lebur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEARLY (kanan) dan Thinaah tewas pada perlawanan pertama peringkat Kumpulan B pada Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir 2022 di Bangkok sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah ditunjuk jalan keluar daripada Kejohanan Badminton Malaysia Masters selepas tewas 10-21, 19-21 kepada gandingan No.1 dunia dari China, Chen Qing Chen-Jia Yi Fan di separuh akhir.

Pada perlawanan yang berlangsung di Arena Axiata, Bukit Jalil sebentar tadi, Pearly-Thinaah nyata tidak dapat mengekang kehebatan pemenang pingat perak Sukan Olimpik Tokyo 2020 itu.

Selain itu, kecederaan buku lali yang dialami Thinaah pada penghujung set kedua turut dilihat menjadi punca beregu negara sukar untuk mengheret perlawanan ke set penentuan biarpun sudah memberikan tentangan sengit.

“Semasa penghujung set kedua tadi, memang saya ada rasa sakit pada bahagian buku lali (kiri). Kaki saya seolah-olah tidak dapat bergerak dan memerlukan rawatan,” kata Thinaah sejurus tamat perlawanan.

PEARLY (kiri) dan Thinaah kini memberikan fokus sepenuhnya untuk aksi Sukan Komanwel Birmingham 2022 selepas gagal ke final Malaysia Masters di Axiata Arena sebentar tadi. GAMBAR – AMIR KHALID

Dalam pada itu, dia juga mengakui gandingan Qing Chen-Yi Fan menampilkan aksi cukup agresif apabila sering melancarkan serangan demi serangan sehingga menyebabkan mereka berada dalam tekanan.

“Memang diakui mereka bermain sangat baik dan pantas pada set pertama sehingga membuatkan kami tertekan. Bagaimanapun, kami mula mendapat rentak di set kedua dan mampu mengimbangi perlawanan.

“Selain itu, kami juga tahu apabila bertemu gandingan yang berada dalam kelompok lima teratas, memang kami perlu bersedia dengan aksi agresif seperti ditampilkan Qing Chen-Yi Fan,” tambahnya.

Selepas ini, beregu yang berada pada ranking ke-10 dunia itu tidak akan menyertai kejohanan jelajah dunia bagi memberikan tumpuan terhadap persediaan ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 hujung bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI