fbpx

EU eksport berjuta-juta tan bijirin Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekitar 5.8 juta tan bijirin telah diangkut oleh EU dari Ukraine sejak April lalu. - Shutterstock

KIEV – Kesatuan Eropah (EU) mempercepatkan eksport bijirin Ukraine dan hampir menggandakan jumlah penghantarannya pada bulan lalu, lapor laman berita RT semalam.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Hal Ehwal Luar Kesatuan Eropah (EU), Josep Borrell menerusi kenyataan di laman Twitter.

Menurutnya, sejumlah 5.8 juta tan bijirin telah diangkut oleh EU dari Ukraine melalui apa yang dipanggil sebagai ‘laluan solidariti’ sejak April lalu. 

“Sekitar 1.2 bilion orang terdedah kepada kenaikan harga makanan dan tenaga serta keadaan kewangan yang semakin buruk,” tambah Borrell.

Borrell sekali lagi menuduh Russia menyekat berjuta-juta tan bijirin di beberapa fasiliti penyimpanan Ukraine. Moscow katanya, mahu menggunakan bekalan makanan sebagai ‘senjata’ dalam peperangan dengan Kiev.

Sebelum ini, Barat berulang kali menyalahkan Russia kerana menyekat pelabuhan Ukraine sehingga menyukarkan eksport bijirin negara itu.

Bulan lalu, Presiden Vladimir Putin berkata bahawa Russia tidak menghalang eksport tersebut dan mengkritik Barat kerana ‘bersikap sinis’ terhadap bekalan makanan kepada negara-negara membangun. Negara-negara berkenaan adalah yang paling teruk terjejas akibat krisis kenaikan harga.

Beliau berkata, peningkatan inflasi di Barat adalah akibat dasar makroekonomi mereka yang tidak bertanggungjawab.

Ukraine yang merupakan pengeluar hasil tani utama tidak dapat mengeksport bijirinnya melalui laluan laut akibat konflik yang berterusan dengan Russia.

Dianggarkan sejumlah 22 hingga 25 juta tan bijirin kini masih terkandas di pelabuhan-pelabuhan Ukraine. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI