fbpx

Empat rakyat Malaysia terperangkap sindiket kerja Kemboja dibawa pulang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Empat rakyat Malaysia terlibat tiba di KLIA selepas menjadi mangsa sindiket pekerjaan di Kemboja

SEPANG- Empat lagi rakyat Malaysia yang sebelum ini terperangkap di Kemboja ekoran terpedaya dengan sindiket kerja menawarkan gaji lumayan antara RM5,000 hingga RM8,000 dibawa pulang ke tanah air hari ini.

Timbalan Pengarah Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan berkata, keempat-empat mereka berusia antara 29 hingga 41 tahun itu merupakan sebahagian daripada 54 rakyat Malaysia yang berjaya diselamatkan membabitkan sindiket tersebut.

“Masih ada lima rakyat Malaysia yang berada di Kemboja dalam tahanan pihak berkuasa dan perlu melalui proses dokumentasi undang-undang sebelum dapat pulang ke negara ini,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini tadi.

Katanya, berdasarkan rekod polis, pihaknya menerima sebanyak 156 laporan melibatkan 189 mangsa atau warganegara yang berada di luar negara ekoran menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan.

“Dalam rekod kita, ada 135 mangsa yang masih di luar negara dan mereka sedang dikesan dengan kerjasama pihak berkuasa negara terlibat.

“Rakyat yang terlibat dengan sindiket itu juga paling banyak didapati di Kemboja di mana ia merangkumi 40 peratus daripada jumlah kes diikuti mereka di Myanmar dan Laos,” ujarnya.

Terdahulu, dilaporkan seramai 12 rakyat Malaysia yang diperdaya sindiket iklan pekerjaan di Kemboja dibawa pulang ke tanah air manakala empat lagi mangsa tiba ke KLIA pada 19 April lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI