PUTRAJAYA – Angka jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan sebanyak 3,589 kes semalam termasuk tiga kes import sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 4,552,114 setakat ini.
Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sejumlah 2,224 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,518, 912.
“Selangor mencatatkan jumlah kes harian tertinggi iaitu sebanyak 1,261 diikuti Kuala Lumpur (1,083), Perak (275), Negeri Sembilan (198), Sabah (176), Pulau Pinang (121) dan Melaka (97).
“Turut menyumbang kepada jumlah kes harian itu ialah Putrajaya (74), Johor (69), Sarawak (59), Kedah (55), Pahang (46), Perlis (26), Kelantan (21), Labuan (17) dan Terengganu (11),” kata maklumat itu tadi.
Dalam perkembangan sama, sebanyak lapan kematian dilaporkan dengan dua kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in dead (BID) seterusnya menjadikan jumlah kematian sebanyak 35, 801.
Jumlah kematian BID pula sebanyak 7,593 setakat ini.
Sebanyak 33, 888 kes dikuarantin di rumah, 27 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 1,241 kes di hospital, 17 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 25 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE