fbpx

Banjir Baling : KUSKOP salur bantuan Khamis depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noh menyerahkan sumbangan kepada mangsa ribut pada program itu.

KUALA SELANGOR – Semua usahawan termasuk peniaga kecil yang terjejas dalam tragedi kepala air dan banjir lumpur di Baling, Kedah dijangka akan menerima bantuan khas wang tunai RM3,000, Khamis depan.

Penyaluran Bantuan Banjir Keluarga Malaysia (BBKM) dilakukan menerusi Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Tan Sri Noh Omar berkata, pihaknya masih sedang mengenal pasti jumlah usahawan yang terjejas dalam bencana alam itu.

Katanya, beliau sudah mengarahkan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) Nasional dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) bagi mendapatkan maklumat lebih terperinci mengenai perkara tersebut.

“Bantuan dan sumbangan RM3,000 kepada setiap usahawan dan peniaga kecil itu akan disalurkan secara menyeluruh seperti sebelum ini.

“Kita sedang mengumpul maklumat penerima dan akan pergi ke Baling pada 14 Julai ini (Khamis),” katanya pada majlis penyerahan Bantuan Wang Ihsan Bencana  di Institut Pengurusan Peladang (IPP), Tanjong Karang di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI