fbpx

Banjir Baling : Agong zahir penghargaan tindakan segera bantu mangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Al- Sultan Abdullah.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-​​Mustafa Billah Shah menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri, kerajaan Persekutuan, agensi kerajaan, petugas keselamatan, syarikat swasta dan individu yang mengambil tindakan segera membantu mangsa banjir di Baling, Kedah.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Baginda turut menzahirkan rasa dukacita terhadap kejadian banjir yang melanda beberapa kampung di daerah Baling pada Isnin lalu yang meragut tiga nyawa, manakala lebih 1,400 penduduk terpaksa dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.

“Seri Paduka menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga tiga mangsa terbabit dan berharap bersabar dan tabah menghadapi dugaan serta suasana sedih dan pilu.

“Seri Paduka turut menzahirkan harapan penduduk yang terjejas khususnya mereka yang kehilangan kediaman tabah dan sabar menghadapi dugaan yang berat ini. Seri Paduka menasihati penduduk di kawasan terbabit supaya sentiasa berjaga-jaga dan mengutamakan keselamatan diri dan keluarga,” katanya dalam kenyataan menerusi Facebook Istana Negara tadi.

Keadaan sebuah rumah penduduk yang rosak teruk akibat banjir di Baling baru-baru ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka Baginda turut berkenan mengambil maklum bahawa sebagai tanda solidariti atas musibah yang berlaku, masjid-masjid di seluruh negeri Pahang melaksanakan kutipan pada solat Jumaat kelmarin untuk disumbangkan kepada mangsa banjir yang terjejas.

“Seri Paduka Baginda menyeru kerajaan dan badan bukan kerajaan supaya menghulurkan bantuan kepada penduduk yang terkesan bagi meringankan beban yang ditanggung akibat bencana tersebut.

Sehubungan itu, semua rakyat diajak untuk bersama-sama mendoakan agar Malaysia sentiasa dirahmati, diberkati dan dilindungi daripada sebarang bentuk ancaman dan musibah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI