fbpx

Amaran ribut petir di Terengganu, Pahang dan Sarawak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di tiga negeri malam ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu melibatkan kawasan di Terengganu, Pahang dan Sarawak.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Dungun dan Kemaman di Terengganu, Jerantut di Pahang serta Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) di Sarawak sehingga pukul 8 malam ini,” kata kenyataan itu.

Menurut MetMalaysia, amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI