fbpx

Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada seluruh umat Islam.

Istana Negara dalam satu hantaran di laman sosial Facebook berkata, Seri Paduka Baginda berdua turut mendoakan semoga ibadah korban pada tahun ini dapat dilakukan dengan sempurna.

“Semoga ibadah korban dapat dilakukan dengan sempurna, diberkati dan diterima Allah S.W,T.

“Semoga dilimpahi hidayah, rahmat, keberkatan dan keredaanNya,” titah Seri Paduka Baginda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI