PETALING JAYA – Pengguna mesin penapis air di rumah tidak mengira jenama diingatkan untuk memastikan suis elektrik mesin itu ditutup bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Menerusi pesanan peringatan oleh Public Health Malaysia, sekiranya berlaku kejadian tiada bekalan air, fungsi mesin itu tetap berjalan seperti biasa.
“Walaupun tiada bekalan air, fungsinya tetap berjalan seperti biasa dan menyebabkan risiko ‘overheating’ (pemanasan lampau) serta kebakaran.
“Sehubungan itu, tindakan awal dapat menyelamatkan nyawa dan harta benda,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook. -KOSMO! ONLINE