PETALING JAYA – Aliran trafik sesak sejauh 21.2 kilometer (km) dari KM 19.8 hingga KM41.0 melibatkan laluan Gombak ke Bukit Tinggi ketika ini di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak (KLK).
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi ciapannya di Twitter sebentar tadi memaklumkan situasi itu disebabkan pertambahan kenderaan yang pulang dari kerja dan ingin ke kampung halaman masing-masing sempena cuti perayaan Hari Raya Aidiladha hujung minggu ini. – KOSMO! ONLINE