fbpx

Trafik sesak dan perlahan, orang ramai mula balik kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Aliran trafik di beberapa lebuh raya arah utara, selatan dan Pantai Timur dilaporkan sesak dan perlahan susulan orang ramai mula pulang ke kampung menyambut Aidiladha.

Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi pemakluman terkini keadaan lalu lintas memberitahu, trafik perlahan di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak arah timur iaitu sebelum masuk Plaza Tol Gombak serta ke kawasan rehat dan rawat (R&R) Genting Sempah.

“Bagi lebuh raya arah utara pula, trafik perlahan di lokasi sebelum masuk Plaza Tol Rawang Selatan manakala empat kilometer (km) dari Ipoh Utara ke Terowong Menora ekoran kemalangan di km 257.8 namun, insiden telah pun selesai.

“Untuk ke arah selatan pula, trafik perlahan di lokasi 3 km dari Hentian Juru ke Plaza Tol Juru,” ujarnya menerusi hantaran di laman Twitter hari ini. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI