fbpx

Tiga nelayan dicekup ‘tarik tepi’ ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nelayan yang ditangkap disyaki melakukan aktiviti 'tarik tepi' tangkapan ikan.

KLANG – Keseronokkan tiga nelayan tempatan melakukan aktiviti ‘tarik tepi’ atau menunda di zon larangan membawa padah apabila ditahan kira-kira 0.3 batu nautika barat daya Sungai Perepat di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi, kesemua suspek lelaki berusia 17 dan 36 tahun itu ditahan dalam bot nelayan kelas B bersama 10 kilogram (kg) pelbagai jenis ikan menerusi Op Ehsan.

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim V. Siva Kumar berkata, ketika ditahan mereka didapati sedang leka melakukan aktiviti tersebut.

Katanya, pihaknya sebelum ini menerima beberapa aduan daripada nelayan tradisional berkaitan kegiatan ‘tarik tepi’ oleh bot nelayan tempatan Kelas B seterusnya mengancam ekosistem kawasan perikanan dan pendapatan nelayan pantai.

“Kegiatan tarik tepi seperti ini sukar dikesan kerana mereka tidak meninggalkan jejak.

“Kebiasaannya aktiviti tersebut dilakukan sepintas lalu sementara bot tersebut ingin melepasi jarak 10 batu nautika daripada pantai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Siva, ketiga-tiga suspek termasuk tekong bersama rampasan bot dan 10 kg ikan itu kemudiannya dibawa ke Jeti Pasukan Polis Marin Pulau Indah untuk siasatan lanjut mengikut Akta Perikanan 1985. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI