fbpx

Tiada cuaca ekstrem diramalkan sewaktu Aidiladha

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan tiada cuaca signifikan dan ekstrem dijangka berlaku semasa sambutan Hari Raya Aidiladha pada Ahad ini.

Bagaimanapun, ribut petir masih diramalkan boleh berlaku di beberapa negeri dan orang ramai dinasihatkan mengambil langkah berjaga-jaga sekiranya berlaku kejadian tersebut.

“Pada sebelah pagi, hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Sabah (bahagian pedalaman, pantai barat, Kudat dan Tawau) serta Labuan.

“Sebelah petang pula, hujan dan ribut petir di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Sabah (bahagian pantai barat dan Kudat) selain satu dua tempat di Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (bahagian Kuching dan Limbang), Sabah (bahagian pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan Labuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada sebelah malam, hujan dan ribut petir dijangka di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang Kelantan, Terengganu, Sarawak (bahagian Kuching, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah serta Labuan.

Berhubung keadaan cuaca pada 11 Julai nanti, MetMalaysia menjangkakan ribut petir sebelah pagi di satu dua tempat di Perak, Sabah dan Labuan serta hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Katanya, hujan dan ribut petir diramalkan di sebelah petang melibatkan beberapa tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah (bahagian pantai barat dan Kudat).

“Selain itu, hujan dan ribut petir di sebelah petang di satu dua tempat di Perak, Johor Timur, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (bahagian Kuching, Sibu, Mukah, Kapit, Bintulu, Miri dan Limbang), Sabah (bahagian pedalaman, Sandakan dan Tawau) dan Labuan.

“Sebelah malam pula, hujan di beberapa tempat di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang serta hujan dan ribut petir di satu dua tempat di Perak, Pahang, Kelantan, Terengganu, Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei,Sibu, Mukah dan Kapit) dan Sabah (bahagian pedalaman, Sandakan dan Tawau) serta Labuan,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI