fbpx

Shinzo Abe: PM doakan segera pulih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri ketika bertemu dengan Shinzo Abe pada Mac lalu dalam sesi lawatan mantan Perdana Menteri Jepun itu ke Malaysia bersempena Ulang Tahun Diplomatik Ke-65 Malaysia-Jepun. /FOTO IHSAN FACEBOOK ISMAIL SABRI

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mendoakan agar mantan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe berada dalam keadaan baik dan segera sembuh seperti sedia kala selepas dilaporkan ditembak hari ini.

Ismail Sabri berkata, beliau telah menerima perkhabaran mengejutkan itu dan mengecam tindakan yang disifatkan sebagai keji ke atas Utusan Khas Perdana Menteri Jepun tersebut.

“Saya amat terkejut dan sangat khuatir selepas dimaklumkan tentang serangan ke atas mantan Perdana Menteri, Shinzo Abe yang dilaporkan ditembak ketika sedang berucap pada satu majlis di bandar Nara, barat Jepun hari ini.

“Berita tentang kejadian ini amat mendukacitakan. Beliau kini telah dikejarkan ke hospital yang berdekatan untuk menerima rawatan dan Shinzo Abe dilaporkan masih dalam keadaan kritikal,” katanya menerusi satu kenyataan di laman media sosial hari ini.

Menurut beliau, kedua-dua mereka baru sahaja bertemu pada Mac lalu dalam sesi lawatan Abe ke Malaysia bersempena ulang tahun diplomatik ke 65 Malaysia-Jepun dan ulang tahun ke 40 ‘Dasar Pandang Ke Timur’ dalam satu majlis makan malam.

“Saya mewakili kerajaan Malaysia mendoakan Shinzo Abe berada dalam keadaan yang baik dan segera pulih seperti sedia kala,” ujar beliau.

Sebagai rekod, Abe, 67, merupakan Perdana Menteri Jepun dari 2006 sehingga 2007 dan 2012 sehingga 2020 iaitu selama empat penggal, sekali gus penyandang jawatan paling lama dalam sejarah negara matahari terbit itu.- KOSMO! ONLINE


 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI