fbpx

RUU Kawalan Tembakau dibawa ke Jemaah Menteri minggu hadapan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin bersama Datuk Seri Rina Harun bergambar bersama ahli Gegar Wanita pada Majlis Pelancaran di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang di sini hari ini./ FOTO FAUZI BAHARUDIN

SERDANG- Memorandum Rang Undang-Undang (RUU) berkenaan Kawalan Tembakau dan Merokok akan dibawa ke dalam Mesyuarat Jemaah Menteri pada minggu hadapan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, memorandum tersebut bertujuan untuk mendapatkan kelulusan daripada Kabinet supaya RUU tersebut dapat dibentangkan dalam persidangan Dewan Rakyat bulan ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) dan kementerian-kementerian lain akan menggunakan mesyuarat tersebut sebagai ruang dan peluang untuk bertukar pandangan serta memberi penjelasan tentang keperluan RUU dibentangkan sekaligus mewartakannya sebagai sebuah akta.

“Bagi langkah pertama, saya mesti meyakinkan Jemaah Menteri terlebih dahulu, kita sudah terima semua ulasan daripada kementerian-kementerian dan saya sedang sediakan jawapan serta beberapa ulasan dan selepas sudah dipersetujui, barulah kita akan bawa ke Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

“Dalam mesyuarat ini saya akan cuba meyakinkan kementerian-kementerian yang bukan tidak setuju, tetapi mungkin ada beberapa perkara yang nak dijelaskan,” jelasnya ketika berucap selepas melancarkan Program Generational Endgame Advocacy Roadshow- Wanita (Gegar Wanita) di sini hari ini.

Tambah Khairy Jamaluddin, sekiranya RUU berkenaan diluluskan, Malaysia bakal menjadi negara pertama di dunia yang meluluskan undang-undang generasi penamat (endgame) iaitu larangan menjual rokok kepada individu yang lahir selepas tahun 2005. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI