fbpx

Rumah terbakar angkara bapa saudara sakit mental

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan salah sebuah rumah yang terbakar dalam kejadian di Kampung Banggol, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Seorang peniaga pakaian bundle rugi hampir RM20,000 selepas barangan perniagaan terbakar dipercayai berpunca daripada perbuatan khianat bapa saudaranya yang mengalami masalah mental dalam kejadian kebakaran tiga buah rumah Kampung Banggol, di sini hari ini.

Mangsa, Mohd. Syahid Sipri, 32, berkata, dia menyedari kejadian itu kira-kira pukul 1 tengah hari selepas pulang daripada berniaga di kawasan Kedai Buloh, Jalan Pantai Cahaya Bulan di sini.

Katanya, semasa tiba di rumah yang dijadikan sebagai stor simpanan pakaian bundle itu, dia melihat kepulan asap keluar dari arah ruang tamu dan mendapati bapa saudaranya terperangkap di dalam rumah.

“Saya cuba untuk masuk melalui pintu utama, namun ia berkunci dari dalam. Semasa api mula marak, saya melihat bapa saudara telah keluar sendiri dari rumah melalui pintu tersebut. Saya mengesyaki dia membakar barangan di dalam rumah,” katanya ketika ditemui Kosmo! di lokasi kejadian.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 1.17 tengah hari dan seramai 22 anggota bomba dikejarkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya,  bomba berjaya mengawal kebakaran yang menyebabkan kemusnahan rumah hampir 80 peratus.

Tambahnya, siasatan berhubung punca kebakaran serta kerugian dialami mangsa masih sedang giat dijalankan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI