fbpx

Richiamo masuk pasaran Brunei

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mustapa (tengah) bersama Muhammad Zamry (empat dari kanan) bergambar di hadapan kiosk Richiamo Coffee pada majlis pelancaran di Menara Prisma, kelmarin.

PUTRAJAYA – Rangkaian kedai kopi premium, Richiamo Coffee bakal membuat kemunculan di pasaran antarabangsa sekitar Ogos ini dengan memilih Brunei sebagai lokasi pertama.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan, Muhammad Zamry Abu Samah, perancangan untuk membuka cawangan di luar negara telah dibuat sebelum pandemik lagi, namun terpaksa ditangguh berikutan Perintah Kawalan Pergerakan.

“Pembukaan cawangan di Brunei kini dalam proses dan mengambil masa dua bulan lagi.

“Selain itu, kami turut me­nyasarkan pasaran Indonesia dan Madinah,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran cawangan Richiamo Coffee di Menara Prisma di sini kelmarin yang disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Richiamo Coffee adalah jenama tempatan 100 peratus milik bumiputera yang memulakan operasi sejak 2015 dan telah melebarkan sayap ke seluruh negara dengan 105 cawangan.

Jelas Muhammad Zamry, Richiamo Coffee di Menara Prisma merupakan cawangan pertama­nya yang berkonsepkan kiosk, berbanding cawangan lain yang menggunakan konsep kafe.

Mengulas mengenai kenaikan harga barang, Muhammad Zamry mengakui pihaknya bakal menaik­kan harga produk jualan sekitar pertengahan bulan ini.

“Kami memang terkesan de­ngan kenaikan harga barang terutamanya dalam pembuatan kek dan pastri yang menggunakan ba­nyak telur serta tepung gandum.

“Kami mencadangkan ke­naikan antara tujuh dan 10 peratus, melibatkan perbezaan harga sehingga 70 sen,” ujarnya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI