fbpx

Rakyat diminta terus amalkan pemakaian pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menolak untuk menguatkuasakan semula Akta 342 kepada mereka yang enggan memakai pelitup muka di kawasan tertutup, sekiranya kes terus meningkat secara mendadak.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pemakaian pelitup muka di premis tertutup masih wajib cuma notis kompaun tidak lagi dikeluarkan sejak 17 April lalu, selaras dengan fasa peralihan endemik.

Katanya, pematuhan tersebut pada masa ini adalah pemerkasaan individu itu sendiri secara sukarela melainkan pelitup muka itu dibuka sewaktu bercakap, berucap, makan dan bergambar.

“Sebenarnya KKM pun tidak mahu kebelakang, kita juga sudah gugurkan agensi lain daripada Akta 342 ini seperti polis yang tidak disambung kuasa. Sekarang, tinggal KKM sahaja yang boleh keluarkan notis pelitup muka.

“Dalam masa sama, sumber penguatkuasaan kita terbatas kerana hanya KKM sahaja. Saya pun tidak mahu notis kompaun ini lagi dan saya berharap kita tidak perlu sampai ke tahap itu,” katanya dalam sidang akhbar di Parlimen hari ini.

Susulan itu, beliau merayu supaya orang ramai terus mematuhi peraturan pemakaian pelitup muka di kawasan tertutup dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI