fbpx

Perjalanan Anna Cheong-Mei Xing terkandas di suku akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANNA CHEONG (kanan) dan Mei Xing gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir selepas tewas di suku akhir Malaysia Masters hari ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Beregu wanita negara, Anna Cheong dan Teoh Mei Xing terkilan gagal meneruskan kemaraan ke separuh akhir Malaysia Masters selepas tewas di tangan pasangan Korea Selatan, Jeong Na Eun-Kim Hye Jeong hari ini.

Pasangan di ranking ke-37 dunia itu terpaksa akur tewas straight-set 14-21, 18-21 kepada Na Eun-Hye Jeong yang menduduki No.11 dunia, pada aksi suku akhir yang berlangsung selama 44 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil.

“Masa mereka mendahului kembali di set kedua, saya terlalu banyak berfikir. Saya sebenarnya mahu buat lebih baik tapi banyak melakukan kesilapan.

“Saya tidak berpuas hati dengan pencapaian ini walaupun Terbuka Malaysia dan Masters Malaysia melakukan kejutan menumpaskan pemain ranking lebih tinggi,” kata Mei Xing yang terpaksa beraksi dalam keadaan sakit bahu kanan.

ANNA CHEONG (depan) dan Mei Xing tewas 14-21, 18-21 kepada Na Eun-Hye Jeong pada aksi suku akhir Malaysia Masters di Axiata Arena hari ini. GAMBAR – AMIR KHALID

Ini adalah kejohanan kedua berturut-turut Anna Cheong-Mei Xing terkandas di suku akhir selepas tumpas kepada pasangan Jepun, Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara di di Terbuka Malaysia minggu lepas.

Bagi Anna Cheong, dia menjelaskan mereka perlu memperbaiki beberapa kelemahan jika mahu beraksi secara konsisten menentang beregu-beregu dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Permainan kami agak kurang dari segi pergerakan dan corak permainan. Pemain lawan seperti sudah dapat membaca permainan kami.

“Kami gembira dapat ke suku akhir tetapi akan berasa lebih berpuas hati jika dapat memenangi kejohanan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI