fbpx

Peniaga didakwa amang seksual remaja di tempat parkir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tertuduh dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada April dan Mei lalu.

MELAKA – Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan, sejak April lalu.

Tertuduh, Ridzuwan Sulaiman, 56, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sejurus dua pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja berusia 17 tahun di kawasan tempat letak kereta di Malim dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 10 malam, pertengahan April lalu.

Bagi pertuduhan kedua, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa sama di kawasan semak di Taman Kesidang dalam daerah Melaka Tengah pada pukul 11 malam, awal Mei lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14 (1)(b) dan 14(1)(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Nazrin Ali Rahim mencadangkan jaminan sebanyak RM40,000 dikenakan terhadap tertuduh.

Ridzuwan yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu agar jumlah jaminan itu dikurangkan dengan alasan perlu menjaga dua orang anak dan ibu yang sakit.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd. Sabri kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dengan seorang penjamin. Beliau turut menetapkan tarikh 8 Ogos untuk sebutan semula kes. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI