fbpx

Meerqeen, Syed ‘berebut’ cinta Anna Jobling

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERCUBAAN Syed mendekati Anna Jobling sepertinya tidak direstui ramai.

PETALING JAYA – Cubaan penceramah selebriti Syed Shah Iqmal beraksi mesra dengan pelakon jelita, Anna Jobling menerusi sebuah video mengundang ‘amaran’ daripada hero wanita itu, Meerqeen.

Menerusi video TikTok menampilkan aktres yang cukup popular menerusi drama rantaian, Melur Untuk Firdaus itu, Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Saiful Izam meninggalkan komen seolah-olah tidak selesa dengan perkongsian yang dibuat olehSyed Shah Iqmal.

“Langkah mayat saya dahulu,” cabar aktor kacak itu dengan nada berseloroh dalam ruangan komen di TikTok.

Hanya dengan satu komen, luahan Meerqeen ternyata mengundang banyak reaksi peminat sehingga ada yang menyifatkan, di mana sahaja ada Anna di situ akan ada Meerqeen. 

Bahkan ada pengikut setia drama Melur Untuk Firdaus mendakwa, Meerqeen kini tidak ubah seperti ‘bodyguard’ Anna.

“Cepatnya dia (Meerqeen komen, macam mana dia jumpa video yang ada Anna. Dia komen tak kira (tempat) dalam akaun orang lain,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Diakan bodyguard (pengawal) Anna, di mana ada Anna di situ ada Meerqeen,” tulis seorang lagi peminat.

“Best man win (lelaki terbaik akan menang),” tulis pengguna TikTok yang lain.

Dalam pada itu, perkongsian pemilik nama lengkap Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful itu juga membuatkan netizen tidak ‘senang duduk’ apabila ramai menyifatkan apa yang dimuat naik sebagai tidak sesuai dengan imejnya yang berkopiah.

Terdahulu, Syed, 27, berkongsi sebuah video dia bersama Anna yang menyaksikan mereka tersenyum melihat diri masing-masing. – KOSMO! ONLINE

Syed menerusi mesej di aplikasi WhatsApp kepada Kosmo! menegaskan, dakwah untuk menegakkan syiar Islam akan tetap diteruskan biarpun berdepan dengan pelbagai kecaman dan ujian. 

“Dakwah bukan hanya sekadar ceramah atau tazkirah di dalam masjid ataupun surau akan tetapi  di media sosial juga kita perlu menyerapkan perkara-perkara yang positif atau bersifat motivasi termasuk keilmuan. 

“Saya bukan sekadar nak berceramah atau memberi ilmu secara ‘offline’ tetapi juga dalam platform alam maya. (Kandungan) media sosial perlu ditekankan juga,” katanya. 

Pada 31 Mei lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya di sini melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut sebuah kolej swasta.

Hakim Jamaludin Mat memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan pihak pembelaan untuk melepas dan membebaskan penceramah selebriti itu daripada kedua-dua pertuduhan tersebut. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI