fbpx

Lionel Messi sukar beraksi dalam saingan EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI dianggap tidak sesuai untuk beraksi di EPL biarpun ada kelab yang memiliki kemampuan untuk membawanya ke England. – AFP

LONDON – Bekas pemain kebangsaan England, Danny Mills merasakan hasrat untuk melihat Lionel Messi beraksi di Liga Perdana Inggeris tidak akan dapat direalisasikan walaupun ada kelab yang miliki dana besar.

Sekalipun ada tawaran daripada kelab seperti Liverpool, Manchester City mahupun Tottenham Hotspur, Mills percaya bintang dari Argentina itu bakal berdepan kesukaran untuk mendapatkan tempat.

Bagaimanapun, Mills tetap mengangkat nama Messi sebagai pemain terhebat dunia yang beliau pernah lihat, malah kualiti dimiliki kapten Argentina itu me­ng­atasi Cristiano Ronaldo.

“Saya tidak pernah melihat Johan Cruyff dan Diego Maradona secara langsung, jadi saya fikir Messi adalah pemain terhebat yang pernah saya saksikan. Saya tahu Ronaldo miliki jaringan le­bih banyak, namun dari segi bola sepak sebenar, Messi masih yang terhebat.

“Mungkinkah ada kelab EPL yang mahu mendapatkan Messi? Saya tidak rasakan begitu. Li­verpool, City dan Tottenham Hotspur pasti tidak akan mendapatkan khidmat Messi,” katanya.

Sejak menyertai Paris Saint-Germain, Messi berdepan kesu­karan apabila hanya menjaringkan enam gol dalam 25 perlawanan, namun masih mampu menghadirkan piala ketika kelab itu memenangi kejuaran Ligue 1.

Sebelum ini, Liverpool sudah pun berjaya menandatangani Fabio Carvalho daripada Fulham, Darwin Nunez (Benfica) dan Calvin Ramsay (Aberdeen), manakala Man. City sudah pun berjaya mendapatkan Erling Haaland daripada Borussia Dortmund dan Kalvin Phillips (Leeds United). – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI