fbpx

Lelaki Jepun tikam dua pelajar sekolah kerana mahu masuk penjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan lokasi kejadian di mana dua pelajar sekolah ditikam di bandar Sendai semalam. - Mainichi/Yudai Hiraka

TOKYO – Seorang lelaki di Jepun menyerang dua pelajar perempuan menggunakan pisau ketika mereka dalam perjalanan ke sekolah semalam, lapor agensi berita Kyodo.

Seorang daripada mangsa parah dalam kejadian yang berlaku di bandar Sendai, timur laut Jepun, kata polis wilayah Miyagi. 

Susulan kejadian itu, polis menahan suspek, Hiroyuki Owari, 43, yang tinggal di kawasan kejiranan tersebut kerana disyaki cuba membunuh salah seorang gadis itu.

“Saya melakukannya untuk membunuh dan masuk penjara. Saya berulang kali menikam belakang mereka menggunakan pisau dapur dari rumah,” kata suspek kepada penyiasat.

Owari didakwa menyerang dua pelajar itu di jalanan sekitar pukul 8 pagi (waktu tempatan) dan mengejar mangsa yang melarikan diri sebelum terus menikam mereka, kata polis.

Suspek dan mangsa dilaporkan tidak mengenali antara satu sama lain.

Seorang daripada mangsa parah, manakala seorang lagi cedera ringan. Kedua-dua mereka mengalami luka akibat tikaman termasuk di belakang badan, demikian menurut polis.

Seorang wanita berusia dalam lingkungan 70-an yang tinggal berhampiran lokasi kejadian berkata, dia melihat seorang daripada mangsa rebah di pintu masuk sebuah kediaman. 

Seorang lelaki berusia dalam lingkungan 60-an berkata, dia melihat Owari akur ketika ditahan polis. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI