fbpx

Lelaki Itali kumpul 12,402 tin Pepsi berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Christian Cavaletti memecahkan rekod dunianya sendiri setelah menyimpan 12,402 tin Pepsi. - Guinness World Records

ROM – Seorang lelaki di Itali yang bergelar pemilik tin minuman Pepsi terbanyak telah meme­cahkan rekod dunianya sendiri apabila koleksi berkenaan bertambah kepada 12,402 tin, lapor agensi berita United Press International (UPI) kelmarin.

Christian Cavaletti mendapat pengiktirafan Guinness World Records pada Mac 2004 kerana mempunyai koleksi tin air minuman Pepsi sebanyak 4,491 tin.

Bagaimanapun badan penyelaras rekod dunia itu menyatakan, Cavaletti secara rasmi te­lah memecahkan rekod dunianya sendiri dengan jumlah tin yang dikumpulkan meningkat kepada 12,402.

Cavaletti berkata, dia dan abangnya, Edoardo, mula me­ngumpul tin Pepsi pada 1989 selepas terpengaruh dengan filem Back to the Future.

Dua beradik itu mengumpul barangan berkaitan filem itu termasuk sebuah tin futuristik ‘Pepsi­ Perfect’ daripada  filem Back to the Future Part II.

Mereka kemudian beralih minat kepada mengumpul tin Pepsi.­ Semua tin yang dikumpulkan diletakkan di ruang bawah tanah kediaman milik Cavaletti.

Menurut Cavaletti, dia memiliki tin Pepsi dari 81 negara berbeza dengan tin tertua berasal dari 1948 iaitu tahun pertama minuman itu dijual di dalam tin. Dia merancang untuk menjadikan koleksinya sebagai muzium mini.

“Lebih 15,000 tin berbeza akan dipamerkan tetapi dari hari ke hari, bilangan tin akan terus meningkat sekali gus menawarkan pengalaman unik kepada pelawat setiap kali mereka membuat kunjungan,” kata lelaki itu di laman webnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI