fbpx

KKM sahkan kes cacar monyet lelaki Malaysia di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan seorang lelaki rakyat Malaysia menetap di Singapura telah disahkan cacar monyet pada 6 Julai lalu .

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, lelaki berusia 45 tahun itu mengalami gejala pada 30 Jun serta pernah dilaporkan berada di Malaysia sebelum ini.

“Pada 11 Jun dan 12 Jun, dia berada di Johor Bahru manakala, dia melancong ke Pulau Pinang bersama rakan dan ahli keluarga pada 17 Jun hingga 20 Jun namun tidak bergejala ketika itu.

“Kemudian pada 2 Julai dan 3 Julai, lelaki ini sekali lagi ke Johor Bahru dan ketika itu dia sudah bergejala. Setakat ini 15 kontak rapat telah dikenal pasti dengan 14 daripadanya risiko rendah jangkitan manakala seorang lagi dikuarantin di Singapura,” katanya pada sidang akhbar di Parlimen di sini hari ini.

Khairy Jamaluddin berkata, punca jangkitan tersebut masih disiasat manakala 14 kontak rapat berkenaan juga telah melakukan saringan kesihatan kendiri.

“Setakat ini mereka tidak perlu diasingkan namun kita akan terus pantau untuk memastikan tiada jangkitan terhadap individu dan kontak rapat di Johor Bahru dan Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, KKM akan terus bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Singapura bagi melengkapkan siasatan terperinci berhubung kes tersebut.

Terdahulu, akhbar melaporkan pihak berkuasa kesihatan Singapura mengesahkan kes pertama jangkitan tempatan cacar monyet melibatkan seorang lelaki rakyat Malaysia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI