PETALING JAYA – Aliran trafik menuju ke Pantai Timur mulai sesak dengan peningkatan kenderaan susulan orang ramai mula bergerak balik ke kampung halaman bagi menyambut Aidiladha, Ahad ini.
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menerusi laman Twitternya sebentar tadi memaparkan keadaan terkini di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak yang mana aliran trafik mulai meningkat.
“Trafik bergerak perlahan menghala Pantai Timur sebelum masuk Plaza Tol Gombak sejak pukul 10.13 pagi tadi,” katanya. -KOSMO! OLINE