fbpx

Iqram Dinzly tak gila, miliki 6 personaliti berbeza

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IQRAM DINZLY

PETALING JAYA – “Yang gila itu Prince Chiki Dinzly, bukan Iqram Dinzly.”

Itu penegasan pelakon Iqram Dinzly menafikan dirinya sebagai tidak siuman seperti dakwaab netizen dek sering berkelakuan pelik dalam media sosial.

Kata pelakon berusia 40 tahun itu, kelakuan aneh yang yang dipamerkan dalam media sosial sehingga digelar orang gila oleh netizen selama ini dilakukan karakter keduanya (alter ego) iaitu Prince Chiki Dinzly, bukan dirinya sebagai Iqram Dinzly.

“Prince Chiki Dinzly adalah antara karakter yang saya tampilkan dalam media sosial bagi mewakili netizen.

“Karakter saya tidak kisahlan sebagai Iqram Dinzly atau Prince Chiki Dinzly, masing-masing membuatkan saya semakin mengenali diri sediri,” katanya.

Selain karakter Prince Chiki Dinzly, Iqram mendakwa memiliki lima lagi karakter lain yang belum ditunjukkan kepada masyarakat.

“Sebenarnya saya ada lagi lima karakter yang belum lagi saya keluarkan. Karakter Prince Chiki Dinzly diwujudkan sebagai mewakili watak netizen yang selalu berasa berkuasa dalam media sosial.

“Saya marah bila orang kata Iqram Dinzly gila sedangkan sudah banyak kali Prince Chiki Dinzly cakap bahawa Iqram Dinzly sudah ‘mati’.

“Bila netizen, tabloid atau berita laporkan bahawa individu dalam ‘Live’ itu Iqram Dinzly, saya jadi marah. Sebab Iqram Dinzly dan Prince Chiki Dinzly adalah dua individu berbeza,” katanya.

Tambah pelakon drama Janji Diana itu lagi, keputusannya mewujudkan pelbagai watak dalam diri hanya sebagai eksperimen mental selain turut mengakui sengsara menjadi seorang Iqram Dinzly.

“Iqram Dinzly yang dahulu orang nampak indah, nampak sentiasa gembira. Jujur saya sebenarnya sudah tidak mahu Iqram Dinzly dalam hidup saya sebab terlalu berat.

“Untuk saya cipta semula nama Iqram Dinzly itu, saya serahkan kepada Allah SWT,” jelasnya.

Bagi membuktikan dirinya tidak gila seperti yang dituduh netizen, Iqram memberitahu pernah berjumpa dengan tiga orang profesor untuk melakukan ujian kesihatan mental.

“Saya pernah jumpa tiga orang profesor pakar kesihatan mental. Tapi mereka sebenarnya yang mental. Profesor itu sendiri mengaku ada masalah dan keresahan. Sedangkan saya tidak didiagnos mempunyai sebarang penyakit,” ujarnya.

Ditemui ketika sidang media drama Cinta Hilang Kata menambah, Iqram mengakui berasa sengsara kerana telah hilang jati diri dalam hidup sejak bergelar pelakon sehingga menjadi seorang individu yang boros dan sombong.

“Sebelum ini saya banyak berpisah dengan mama dan papa membuatkan saya rasa seperti anak derhaka. Bila di Kuala Lumpur saya sibuk dan tak dapat nak luangkan masa dengan mereka. Kalau bekerja saya memang fokus dan tidak mahu ada sesiapa kacau,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang masa depannya untuk berkeluarga, Iqram memberitahu cintanya tiada pada manusia atau makhluk kerana hanya wujudkan cinta untuk Allah SWT.

“Saya tidak mahu ada apa-apa komitmen. Cukup pengalaman yang saya lalui selama ini. Saya jenis manusia yang sangat sensitif dan setia. Jika terguris sekali lagi, saya rasa mungkin tidak akan wujud lagi perkahwinan dalam hidup saya.

“Tidak serik, tapi cukuplah,” katanya.

Sejak empat tahun lalu, Iqram mula mencuri perhatian netizen apabila muncul dengan tingkah laku aneh seperti berpakaian tidur wanita dan mempamerkan aksi tarian ghairan dalam media sosial menggunakan nama Prince Chiki Dinzly.

Tindakan menerima pelbagai reaksi netizen yang melemparkan pelbagai kata-kata buruk sehingga dilabel sebagai gila atau kurang siuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI