fbpx

Cuaca cerah di hampir semua negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan cuaca cerah, panas dan kering hampir semua negeri di Semenanjung selain hujan di beberapa kawasan termasuk Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya di Youtube memaklumkan, hujan berlaku di satu dan dua tempat di bahagian utara seperti Kedah (Sik dan Baling), Hulu Perak serta utara Pantai Timur melibatkan Kelantan (Tanah Merah dan Pasir Mas).

“Hujan dijangka boleh memasuki beberapa kawasan di Terengganu iaitu di Besut, Setiu dan Hulu Terengganu menjelang lewat petang sehingga malam,” katanya hari ini.

Bagi negeri Sarawak, MetMalaysia melaporkan cuaca panas dan kering di bahagian barat negeri pada petang ini manakala hujan semakin berkurangan di Bintulu dan Kapit, tetapi semakin lebat di bahagian utara melibatkan Miri dan Limbang.

“Keadaan taburan hujan rendah turut dilaporkan di sekitar negeri Sabah serta hujan dijangka berlaku di Kudat dan Sandakan,” ujarnya.

Bagi sebelah malam pula, MetMalaysia menjangkakan hujan lebat dan ribut petir boleh berlaku di sekitar Kelantan dan utara Terengganu termasuk bahagian utara Sarawak dan di timur Sabah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI